*WORLD CLOCK

Sunday, September 11, 2011

Mengimbau Kenangan Paling Terindah




Pada pertandingan Asat Kebangsaan yang telah diadakan pada 2008 yang lalu :D . JPN telah menganjurkan pertandingan Paintball buat pertama kalinya bagi menggantikan pertandingan Bola Tampar ASAT .

Seramai 7 orang telah dipilih dari kalangan pelajar Asrama smkm dan dihantar untuk bertanding di Klang, Selangor. setelah bertungkus-lumus berjuang menembak semua musuh2 dari serata negeri akhirnya Pulau-Pinang telah berjaya menjadi Johan :) taniah diucapkan kepada semua pemain kerana telah mengharumkan nama asrama dan sekolah ! segala kenangan semasa pertandingan masih disimpan oleh semua pemain :') .Ketika itu Asrama Smk Mengkuang telah pun menjadi buah mulut semua sekolah-sekolah seluruh negeri yang pergi bertanding :D. Kenangan ini tidak akan Dj lupa selama-lamanya :)

*Pada 6 september 2011 , satu Bengkel Kemahiran telah dianjurkan oleh Pusat Ko-kurikulum , Bukit Mertajam. Sebanyak 2 kumpulan yang terdiri daripada 6 orang pelajar Aspura dan 6 lagi daripada pelajar Aspuri tingkatan 4 telah dihantar oleh pihak Asrama Smkm untuk pergi bertanding. Syukur Alhamdulillah kerana Aspura Smkm telah berjaya mendapat tempat yang kedua manakala Aspuri smkm pula telah berjaya sehingga melepasi peringkat suku akhir dan tidak bernasib baik di peringkat separuh akhir. 12 orang pemain bermain dengan penuh semangat sekali berjuang sehingga terpaksa menahan sakit ditembak :). Pelajar pelajar berikut adalah :

Aspura
Hazim , Amir Syarifuddin , Danial , Shayuti , Adli Arif dan Hamizan

Aspuri
Haiza , Dinie , Tasnim , Erwin , Anis Syahirah, Farzana

- TANIAH DIUCAPKAN ! -


No comments:

Post a Comment