*WORLD CLOCK

Sunday, May 1, 2011

asrama smk mengkuang terhebat !

assalamualaikum w.b.t DJ ucapkan kepada semua pembaca - pembaca blog asrama smk mengkuang. harini DJ nak melaporkan tentang kecemerlangan yang telah dijulang oleh ASRAMA SMK MENGKUANG. sungguh membanggakan kerna ASRAMA SMK MENGKUANG telah berjaya menjadi johan antara johan di peringkat pulau pinang. DJ sangatlah berpuas hati dengan kejayaan yang dijulang. tak sia sia guru-guru dan semua kakitangan asrama bertungkus-lumus hias asrama dengan cantik sekali. dan hasilnya sangat membanggakan. yang lebih membanggakan lagi SMK MENGKUANG bakal menjadi sebuah sekolah KLUSTER dan juga ASRAMA dapat mewakili negeri untuk ke pertandingan ASAT. pahit manis kami lalui bersama banyak kenangan-kenangan indah yang kami dapat semasa kami berusaha mencantikkan lagi asrama. Dahulu asalnya SMK MENGKUANG hanya sebuah nama kecil. tetapi sekarang sudah menjadi perbualan orang ramai. DJ sangat bersyukur atas apa yang telah asrama kita dapat. DJ juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus untuk membantu menaikkan nama asrama SMK MENGKUANG. baru baru ni ASRAMA kita telah dipilih unutk menjadi tuan rumah untuk pertandingan asat peringkat negeri. banyak sekolah sekolah yang layak diseluruh pulau pinang datang untuk bertanding di sekolah SMK MENGKUANG. di samping itu juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua pelajar dan guru. pelbagai pertandingan yang telah dipertandingkan seperti bola tampar , catur , azan , marhaban , berzanji , bahas , nasyid dan nyanyian solo. taniah DJ ucapkan kepada semua sekolah yang menjadi johan. oleh itu , DJ harap agar kita sama - sama menjaga dan mengharumkan nama sekolah dan asrama kita yang tercinta. wsalam ...

No comments:

Post a Comment