*WORLD CLOCK

Sunday, September 11, 2011

Mengimbau Kenangan Paling Terindah




Pada pertandingan Asat Kebangsaan yang telah diadakan pada 2008 yang lalu :D . JPN telah menganjurkan pertandingan Paintball buat pertama kalinya bagi menggantikan pertandingan Bola Tampar ASAT .

Seramai 7 orang telah dipilih dari kalangan pelajar Asrama smkm dan dihantar untuk bertanding di Klang, Selangor. setelah bertungkus-lumus berjuang menembak semua musuh2 dari serata negeri akhirnya Pulau-Pinang telah berjaya menjadi Johan :) taniah diucapkan kepada semua pemain kerana telah mengharumkan nama asrama dan sekolah ! segala kenangan semasa pertandingan masih disimpan oleh semua pemain :') .Ketika itu Asrama Smk Mengkuang telah pun menjadi buah mulut semua sekolah-sekolah seluruh negeri yang pergi bertanding :D. Kenangan ini tidak akan Dj lupa selama-lamanya :)

*Pada 6 september 2011 , satu Bengkel Kemahiran telah dianjurkan oleh Pusat Ko-kurikulum , Bukit Mertajam. Sebanyak 2 kumpulan yang terdiri daripada 6 orang pelajar Aspura dan 6 lagi daripada pelajar Aspuri tingkatan 4 telah dihantar oleh pihak Asrama Smkm untuk pergi bertanding. Syukur Alhamdulillah kerana Aspura Smkm telah berjaya mendapat tempat yang kedua manakala Aspuri smkm pula telah berjaya sehingga melepasi peringkat suku akhir dan tidak bernasib baik di peringkat separuh akhir. 12 orang pemain bermain dengan penuh semangat sekali berjuang sehingga terpaksa menahan sakit ditembak :). Pelajar pelajar berikut adalah :

Aspura
Hazim , Amir Syarifuddin , Danial , Shayuti , Adli Arif dan Hamizan

Aspuri
Haiza , Dinie , Tasnim , Erwin , Anis Syahirah, Farzana

- TANIAH DIUCAPKAN ! -


Monday, August 29, 2011

DJ nak mengucapkan



Dikesempatan ini DJ nk mengucapkan :

"Selamat Hari Raya Aidilfitri ,Merdeka"
'Maaf Zahir Dan Batin'

*semoga hari raya anda pada hari ini bukanlah hari raya yang terakhir kali bagi anda*
*Hiaskanlah hari raya anda dengan bermaaf-maafan sesama insan*

Saturday, August 27, 2011

Qiamullail di bulan puasa


assalamualaikum
harini spesel skit :) DJ berbuka dengan geng geng aspura F4 sambil2 shopping baju raya :D. memang meriah giler . biarpun hujan , kami tetap 'gila kentang' haha. memang best.

Oke 'berbalik' kpd tajuk , masa khamis malam tu kami ramai ramai dah planning nk bt 'Qiamullail' . so so dan so pas solat terawih mlm khamis tu kami terus masok 'dorm' ambil apa yang patut then berkampung di dalam surau sekolah :) . reramai tidur jangan 'dok' kata la kan , memang meriah :D. macam2 gelagat boleh tgk kat citu. sebelum tidur kami bt sesi 'maaf-maaf ' semua 'salam - menyalam' (haha) mintak maaf lah semua. termasok jugak 'scene2' nanges :')

kat sini ada sikit-sikit gambar yang sempat DJ 'tembak-tembak' tgk lah yea :) :





Pagi tu , kami bangun jam 3.00 pagi sambil dihiasi dengan solat-solat sunat :
duha , taubat dan hajat
- terima kasih kerna sudi membaca -


Hari-Hari terakhir berbuka puasa di ASMKM

assalamualaikum :)
OLa ! hehe. jumpa lagi yea kita :) . amacam ? baju raya semua dah beli kea ? DJ harap raya tahun ni meriah lah yea ? tak meriah ? laa... apa susah... kita sendiri lah meriahkannya :) . so come ON ! kita meriahkan raya raya kita :D. oke ? cantekkkk :) .

kalini DJ nak kongsi dengan semua tentang pengalaman malam berbuka buat kali yang terakhir bersama semua pelajar Tingkatan 5 :'( . DJ tak tau nk ckp apa , memang mlm tu sedih ... sayuppp sangat sangat. yela tahun depan dah xda da semua F5 yang gempak gempak mcm tahun ni . oke , ni lah gambar gambar yang dapat DJ 'tembak tembak' malam tu . semoga enjoyyy tgk yawhhh ! :




- semoga malam anda dihiasi penuh dengan lampu LIP LAP -



Majlis berbuka puasa bersama Pengarah

assalamualaikum
hola semua :) . apa macam skunk ? sihat x ? DJ harap semua yang baca blog ni sihat sihat saja :). haaaiisshh dah lama jugak yea DJ tak post kat sini :) bukan apa , skunk nie camera asrama susah kalau nk guna. DJ mintak maaf banyak banyak kpd ssiapa yang tak putus putus view blog nie :) tgk2 post yg sama jugak :D.

TUP TAP TUP TAP dah nk raya kan ? 'excited' tak ? mesti punya lah kan . nak raya la katakan. Tapi kita jugak kena sedar bahawa negara kita jugak bakal raya 31 hari bulan ni. So DJ harap semua rakyat Malaysia semangat utk menyambutnya ! jyeaahh ! . hehe. oke oke.

minggu nie DJ nk cita kat semua tentang Jamuan yang dah pun terlaksana pada 24.08.2011 :) . ni semua gambar-gambar semasa :

tazkirah petang

persiapan , guru-guru menyambut tetamu yang datang

persiapan juadah oleh ' pelajar asrama SMKM '

berbuka puasa , solat maghrib

makan - makan warga SMKM

pengarah , warga SMKM

warga SMKM

majlis bersurai


- terima kasih kerana membaca dan ' tengok-tengok ' :) -





Sunday, May 1, 2011

asrama smk mengkuang terhebat !

assalamualaikum w.b.t DJ ucapkan kepada semua pembaca - pembaca blog asrama smk mengkuang. harini DJ nak melaporkan tentang kecemerlangan yang telah dijulang oleh ASRAMA SMK MENGKUANG. sungguh membanggakan kerna ASRAMA SMK MENGKUANG telah berjaya menjadi johan antara johan di peringkat pulau pinang. DJ sangatlah berpuas hati dengan kejayaan yang dijulang. tak sia sia guru-guru dan semua kakitangan asrama bertungkus-lumus hias asrama dengan cantik sekali. dan hasilnya sangat membanggakan. yang lebih membanggakan lagi SMK MENGKUANG bakal menjadi sebuah sekolah KLUSTER dan juga ASRAMA dapat mewakili negeri untuk ke pertandingan ASAT. pahit manis kami lalui bersama banyak kenangan-kenangan indah yang kami dapat semasa kami berusaha mencantikkan lagi asrama. Dahulu asalnya SMK MENGKUANG hanya sebuah nama kecil. tetapi sekarang sudah menjadi perbualan orang ramai. DJ sangat bersyukur atas apa yang telah asrama kita dapat. DJ juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus untuk membantu menaikkan nama asrama SMK MENGKUANG. baru baru ni ASRAMA kita telah dipilih unutk menjadi tuan rumah untuk pertandingan asat peringkat negeri. banyak sekolah sekolah yang layak diseluruh pulau pinang datang untuk bertanding di sekolah SMK MENGKUANG. di samping itu juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua pelajar dan guru. pelbagai pertandingan yang telah dipertandingkan seperti bola tampar , catur , azan , marhaban , berzanji , bahas , nasyid dan nyanyian solo. taniah DJ ucapkan kepada semua sekolah yang menjadi johan. oleh itu , DJ harap agar kita sama - sama menjaga dan mengharumkan nama sekolah dan asrama kita yang tercinta. wsalam ...